Kebahagian Mereka, Keberkatan Kita

Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999. Pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku Pengerusi telah diputuskan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

18
+

Pelajar

4
+

Tenaga Pembantu

10
+

Sukarelawan

1999

Tahun Dibina

Aktiviti

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di rumah anak yatim.

Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda telah siap dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pada 12 Disember 1999 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 851,600.00. Pentadbirannya diletakkan di bawah Pegawai Daerah Kuala Muda dan dibantu oleh Ahli-ahli Jawatankuasa penaja yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta dan pesara. Pelantikan Pegawai Daerah Kuala Muda selaku Pengerusi telah diputuskan oleh Pihak Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Pertubuhan ini akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan pusat penempatan yang kondusif bagi anak-anak asnaf agar kehidupan mereka lebih terjamin dan mereka terisi dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membina insan yang bertakwa. Kami berusaha untuk membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak-anak asnaf yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agamanya.
Objektif

Mengurus dan menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu, yatim, miskin dan fakir miskin di Daerah Kuala Muda khususnya

Membina generasi berilmu - beriman - berbakti

Visi

Menjaga dan mendidik anak-anak asnaf untuk membina hala tuju hidup yang berguna.

Misi

Membina insan kamil kearah membentuk masyarakat Madani.

Melahirkan pemimpin yang mampu berhadapan cabaran dunia masa kini.

Kumpulan Sasar

Kriteria pemilihan adalah anak-anak yatim piatu,
yatim, miskin dan fakir miskin berumur di antara 7-17 tahun di Daerah Kuala Muda.

Sumber Kewangan

Sumber kewangan diperolehi menerusi derma yang dihulurkan oleh individu dan masyarakat serta sumbangan zakat.

Sekiranya ada soalan, boleh tanya.

PRAYDKM Baju Melayu
Mydin Sungai Petani PRAYDKM

BERITA DI AKHBAR DAN SALURAN ONLINE

Lokasi

Alamat Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda (PRAYDKM)

Lot 1717, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung,
08000, Sungai Petani Kedah, Malaysia

No Telefon Pentadbiran

Call atau WhatsApp +6012-417 2023

No Pendaftaran

PPM-004-02-15072013

Terima kasih - Kebahagian Mereka, Keberkatan Kita

Google Review
"Anak-anak semua beradab dan staff-staff pun ramah. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan😊🤲🏻

Jemput Datang ke Rumah Anak Yatim di Daerah Kuala Muda

Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan puan untuk hadir dan lihat sendiri keadaan Rumah Anak Yatim di Daerah Kuala Muda (PRAYDKM). Kongsikan juga kepada rakan dan kenalan tuan puan.

Jutaan terima kasih kami dahulukan kepada anda.

PRAYDKM

© Hak Cipta Terpelihara Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda (PRAYDKM)

No Pendaftaran: PPM-004-02-15072013

Lot 1717, Kampung Che Bema, Sungai Layar Hujung,
08000, Sungai Petani, Kedah.

6012-417 2023 & ‪6018‑666 3042‬

Privasi Polisi | Refund Polisi | Terma & Syarat

Disclaimer: Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Our website is not affiliated with Facebook.com, Google.com & TikTok.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners.